/data/694/aimg/banner-1.jpg /data/694/aimg/banner-2.jpg /data/694/aimg/banner-3.jpg /data/694/aimg/banner-4.jpg /data/694/aimg/banner-5.jpg /data/694/aimg/banner-6.jpg
    AB Mauri (www.abmauri.com) merupakan sebuah syarikat bertaraf antarabangsa yang mengeluarkan dan membekalkan yis serta ramuan untuk mebuat roti. Perkhidmatan yang kita tawarkan meliputi industri-industri pengeluaran roti yang utama, syarikat-syarikat roti yang bersaiz kecil serta syarikat-syarikat yang terlibat dalam bidang perkhidmatan makanan. Kami mempunyai lebih daripada 42 anak syarikat yang terletak di 24 buah negara manakala ibu syarikat terletak di London, U.K.

    Pada September 1971, syarikat kami mula beroperasi di Malaysia dan dikenali sebagai Fermentation Industries (Malaysia) Sdn Bhd Pada Febuari 1974, nama syarikat ini ditukar kepada Mauri Fermentation (M) Sdn Bhd. Tujuannya adalah memaparkan hubungan perniagaan perkongsian antara syarikat-syarikat tempatan dengan syarikat-syarikat Australia (Burns, Philps & Company Limited). Kesemua ini dimilik oleh Mauri Fermentation Malaysia Pte Ltd. Namun pada Oktober 2004, syarikat ini telah dijual kepada syarikat Associated British Foods Plc (ABF)(www.abf.co.uk) iaitu sebuah syarikat yang tersenarai dalam Bursa Saham London. Urusan perniagaan ini bertujuan untuk bertindak selaras dengan pembahagian perniagaan iaitu AB Mauri. Dengan ini, wujudlah syarikat yang bernama AB Mauri Sdn Bhd.

    Pada asalnya, AB Mauri Malaysia merupakan sebuah syarikat pembuatan yis dan diperkembangkan kepada penghasilan produk-produk yang berkaitan dengan cuka serta bahan ramuan yang digunakan untuk membuat roti. Sehingga kini, syarikat kami merupakan satu-satunya pengeluar yis di Malaysia. Kami mempunyai rangkaian pemasaran yang luas dan juga 10 gudang yang mampu untuk menampung permintaan di  Timur & Barat Malaysia serta negara Singapura. Tambahan pula, pekerja syarikat kami adalah dilatih dengan baik dan mereka mempunyai kemahiran teknikal yang profesional. Selain itu, sumber-sumber yang luas juga membantu untuk memperingkatkan tahap penjualan produk kami dan juga mampu untuk memenuhi permintaan dalam pasaran.

    Kilang AB Mauri Malaysia telah dianugerahkan dengan Sijil Sistem Keselamatan Makanan 22000 (Food Safety System Certification 22000) oleh Lloyd’s Register pada Januari 2016, skim yang ditanda aras oleh Global Food Safety Initiative ( GFSI ). Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001: 2008 kami disahkan oleh Intertek Certification International Sdn Bhd dalam process ramuan bakeri , lemak beremulsi , penstabil kek & pan release agent

    AB Mauri Malaysia dan AB Mauri menggunakan sumber pengetahuan antarabangsa yang kaya untuk menghasilkan ramuan roti yang dapat memenuhi keperluan pasaran tempatan. Dengan pergabungan pengaruh tempatan dengan  antarabangsa dan juga kewujudan sistem rangkaian pemasaran yang canggih, kami pasti dapat memenuhi malahan dapat melepasi harapan pelanggan terhadap kami.